Blogger Layouts

Tuesday, May 29, 2012

Perjalanan semasa menghadiri temuduga

Kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku semasa hendak menghadiri temuduga di tanjung malim perak. Aku pergi bersama rakan aku iaitu Asri, aku tak pergi bersama ibu bapa ku kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Aku bertolak pada hari ahad satu hari sebelum temuduga, hari aku temuduga adalah pada hari isnin iaitu pada hari esoknya. Aku pergi menaiki bas dari senggarang ke batu pahat, setelah tiba di stesen bas batu pahat, aku membeli tiket ke KL dan bergerak ke TBS, setelah sampai di sana aku menaiki LRT untuk ke pudu raya dan meneruskan pejalanan ke tanjung malim. Sesudah tiba di sana aku menunggu seorang rakanku yg berada di sana untuk menjemput aku pergi ke kolej beliau. Aku bermalam di sana menunggu hari esoknya untuk menghadiri temuga itu..Inilah pengnalaman aku yang tak dapat aku lupakan,begitu semangat untuk menghadiri temuduga...