Blogger Layouts

Friday, December 14, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Pejam celik pejam celik dah masuk 4 minggu aku berada di UNIMAS, dah banyak juga  apa yang aku pelajari di sini, tugasan dah mula diberikan oleh pensyarah. Aku tak boleh menangguhkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, kalau tak aku yang merana nanti. Apa pun aku akn cuba yang terbaik untuk berjaya di sini...

Monday, September 10, 2012

Hari ini bermula kelas pertama aku di unimas..agak kekok juga aku hendak menyesuaikan diri aku di dalam kelas, maklumlah dah lama tak masuk kelas sejak cuti...hari ini juga aku mula merasakan suasana sebagai seorang pelajar..insyaAllah aku akan cuba untuk buat yang terbaik ketika berada di unimas....

Saturday, September 8, 2012

Akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading...Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana kau telah memberikan peluang kepada diriku untuk mnyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...Insyaallah aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang...Pada mulanya berat je rasa hati ini untuk menerima tawaran masuk di UNIMAS ni, kerana aku tak sanggup nak pergi jauh-jauh, tapi bila fikirkan balik semua ini adalah ketentuan Allah...aku bersyukur kerana Allah telah beri peluang kepada aku...Ibu dan ayah,saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan balas jasa ibu ayah dengan mencapai kejayaan...Aku akan buktikan juga pada insan yang amat aku cintai yang sentiasa memberi semangat dan sokongan,tunggu ye sayang... Terima kasih sekali lagi ya Allah kerana kau telah memberi peluang kepada ku untuk menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi...sesungguhnya kau lah yang maha penyayang dan maha berkuasa...

Tuesday, May 29, 2012

Perjalanan semasa menghadiri temuduga

Kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku semasa hendak menghadiri temuduga di tanjung malim perak. Aku pergi bersama rakan aku iaitu Asri, aku tak pergi bersama ibu bapa ku kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Aku bertolak pada hari ahad satu hari sebelum temuduga, hari aku temuduga adalah pada hari isnin iaitu pada hari esoknya. Aku pergi menaiki bas dari senggarang ke batu pahat, setelah tiba di stesen bas batu pahat, aku membeli tiket ke KL dan bergerak ke TBS, setelah sampai di sana aku menaiki LRT untuk ke pudu raya dan meneruskan pejalanan ke tanjung malim. Sesudah tiba di sana aku menunggu seorang rakanku yg berada di sana untuk menjemput aku pergi ke kolej beliau. Aku bermalam di sana menunggu hari esoknya untuk menghadiri temuga itu..Inilah pengnalaman aku yang tak dapat aku lupakan,begitu semangat untuk menghadiri temuduga...