Blogger Layouts

Saturday, September 8, 2012

Akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading...Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana kau telah memberikan peluang kepada diriku untuk mnyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...Insyaallah aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang...Pada mulanya berat je rasa hati ini untuk menerima tawaran masuk di UNIMAS ni, kerana aku tak sanggup nak pergi jauh-jauh, tapi bila fikirkan balik semua ini adalah ketentuan Allah...aku bersyukur kerana Allah telah beri peluang kepada aku...Ibu dan ayah,saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan balas jasa ibu ayah dengan mencapai kejayaan...Aku akan buktikan juga pada insan yang amat aku cintai yang sentiasa memberi semangat dan sokongan,tunggu ye sayang... Terima kasih sekali lagi ya Allah kerana kau telah memberi peluang kepada ku untuk menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi...sesungguhnya kau lah yang maha penyayang dan maha berkuasa...

No comments:

Post a Comment