Saturday, September 8, 2012
Akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading...Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana kau telah memberikan peluang kepada diriku untuk mnyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...Insyaallah aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang...Pada mulanya berat je rasa hati ini untuk menerima tawaran masuk di UNIMAS ni, kerana aku tak sanggup nak pergi jauh-jauh, tapi bila fikirkan balik semua ini adalah ketentuan Allah...aku bersyukur kerana Allah telah beri peluang kepada aku...Ibu dan ayah,saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan balas jasa ibu ayah dengan mencapai kejayaan...Aku akan buktikan juga pada insan yang amat aku cintai yang sentiasa memberi semangat dan sokongan,tunggu ye sayang... Terima kasih sekali lagi ya Allah kerana kau telah memberi peluang kepada ku untuk menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi...sesungguhnya kau lah yang maha penyayang dan maha berkuasa...
Tuesday, May 29, 2012
Perjalanan semasa menghadiri temuduga
Kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku semasa hendak menghadiri temuduga di tanjung malim perak. Aku pergi bersama rakan aku iaitu Asri, aku tak pergi bersama ibu bapa ku kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Aku bertolak pada hari ahad satu hari sebelum temuduga, hari aku temuduga adalah pada hari isnin iaitu pada hari esoknya. Aku pergi menaiki bas dari senggarang ke batu pahat, setelah tiba di stesen bas batu pahat, aku membeli tiket ke KL dan bergerak ke TBS, setelah sampai di sana aku menaiki LRT untuk ke pudu raya dan meneruskan pejalanan ke tanjung malim. Sesudah tiba di sana aku menunggu seorang rakanku yg berada di sana untuk menjemput aku pergi ke kolej beliau. Aku bermalam di sana menunggu hari esoknya untuk menghadiri temuga itu..Inilah pengnalaman aku yang tak dapat aku lupakan,begitu semangat untuk menghadiri temuduga...
Wednesday, September 28, 2011
KHAS BUAT YANG BERGELAR SUAMI DAN BAKAL SUAMI
DisebaliK LAFAZ NIKAH:- "Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..." Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya..
Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah..
Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah..
Sunday, June 19, 2011
Luahan hati
Hidup ini penuh dgn dugaan,bila kita senang ramai yang dekat dgn kita..Tapi bila kita susah,semua menjauhkan diri dari kita..Sungguh susah untuk membuat seseorang itu pecaya pada kita,apalagi dgn kata-kata..Kadang-kadang kalau dah gembira,hati ini tlalu bahagia sangat tapi bila sedih hanya tuhan saja yang tahu..Tah kenapa hati ini tlalu sedih hari ini,biar hati ini yang sedih asal yang lain gembira dan bahagia. Kita harus tabah hadapi semua ini.. Kita harus percaya semua yang berlaku adalah kehendak Allah SWT,apa pun kesudahan hidup kita hanya dia yang mengetahui..
Monday, April 11, 2011
Monday, February 7, 2011
ABAH... BAGILAH BALIK TANGAN ITA...... ISK... ISK... ISK...
Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Setiap kali membaca kisah ini mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan... mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh dimaafkan atau diperbetulkan semula... dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu sama ada baik atau sebaliknya... terlajak perahu boleh diundur... terlajak perbuatan... sesal selamanya...
Kisah si kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu berwarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu ibu dan bapanya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasi. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?!” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pernyataan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu... saya tak tahu tuan...!”
“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh... cantik kan??” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar ayahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil poko bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu Cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut.
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas mereka puas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat mengendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar-balar. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam...” jawab pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu.” Balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap.” Kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
“Tiada pilihan...” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
“Ia sudah bernanah, demi nyawanya perlu dipotong dari siku ke bawah kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
“Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu abah pukul. Ita tak mahu jahat. Ita sayang Abah... sayang Mama.” Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Ita juga sayang Kak Narti...” katanya memandang wajah pembantu rumah. Sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis... “Abah... bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil... Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi.” Katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi tiada manusia dapat menahannya...
“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang , bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...”(“,)(“,)
Subscribe to:
Posts (Atom)















